Halaman

▼

Khamis, 25 Jun 2015

Kesilapan Ketika Membancuh Susu baby...

biodex my first choice

LIHAT PRODUK BIODEX sekarang

saya berminat membeli BIODEX sekarang


*Mengenai penyediaan susu formula sebenarnya tidak boleh dipandang remeh kerana jika tersilap mungkin nutrisi-nutrisi yang terkandung didalam susu akan hilang.maka sia-sia kalau kita beli susu yang mahal namun langkah penyediaan pula kita silap. 

seperti biasa ramai yang lakukan ini :- 

1) letak susu yang telah di sukat ke dalam botol susu
2) Tuangkan air panas
3) Goncangkan sampai sebati
4)letak air masak
5) Goncang sehingga sebati
6) Rasa suhu sebelum diberi minum.

*mari diperbincangkan langkah-langkah di atas adalah betul atau salah?

1) Air panas yang baru lepas di masak dan suhunya atas 70 celcius tidak boleh dituangkan dahulu, ini kerana akan mematikan nutrisi-nutrisi yang ada dalam susu anak-anak kita.
2) Air yang terlampau panas akan bertindak balas dengan botol susu anak kita, jika botol bukan free BPA lagi merisaukan kerana takut pengewapan akan membebaskan bahan kimia botol susu itu.
 Sama-samalah kita amalkan penyediaan susu formula anak-anak kita dengan betul supaya nutrisi-nutrisi dapat diserap dengan elok. 

Langkah-langkah yang betul untuk penyediaan susu:

1) Tuangkan dahulu air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu anak.
2) Lepas itu baru tuangkan  sedikit demi sedikit air panas sehingga air dalam keadaan suhu     suam.

     **Contoh sukatan : 4 oz air masak , 1 oz air panas untuk susu 5oz **

3) Tambahkan susu formula mengikut sukatan yang telah diberikan pada tin dengan               menggunakan sudu yang dibekalkan.
4) Tutup botol dan goncangkan sehingga larut dan sebati.
5) Uji suhu dengan menunggangkan botol dan biarkan sedikit susu jatuh ke atas pergelangan tangan anda di sebelah dalam. Ia seharusnya  suam, bukan panas.

i)Mungkin masih ada cara-cara lain untuk membancuh susu yang betul ,namun tujuannya tetap sama untuk pastikan susu tidak kehilangan nutrien.
ii)Jangan menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk menyediakan atau memanas semula susu. Pemanasan ketuhar gelombang mikro yang tidak sekata boleh menyebabkan 'titik panas’ di dalam susu. Keadaan ini akan menyebabkan mulut bayi melecur,dan ketahuilah membuat dan menyusu anak memang menguji kesabaran & kekuatan mental. Namun, itu bukan alasan untuk membuat sambil lewa .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan