Halaman

Jumaat, 31 Mac 2017

TIPS MENJAGA ALAT SULIT WANITA

biodex my first choice

[9 TIPS MENJAGA ALAT SULIT WANITA]

Sebenarnya, penjagaan alat sulit yang baik adalah sangat penting untuk membantu meningkatkan kesuburan. Alat sulit wanita merupakan kawasan anggota badan yang paling sensitif dan memerlukan penjagaan yang baik. Ada wanita yang kurang mengambil berat mengenai kebersihan alat sulit mereka dan boleh menyebabkan risiko terkena pelbagai penyakit. Oleh sebab itu, kami ingin berkongsi dengan anda tips-tips menjaga dan merawat alat sulit wanita agar sentiasa terpelihara dan bersih .

1. Biasakan untuk membilas alat sulit anda setiap kali selesai buang air kencing atau air besar, harus membilasnya sampai bersih, iaitu dengan membasuh menggunakan air bersih dari arah depan ke belakang setiap kali selesai buang air kecil atau buang air besar. Kemudian basuh dengan tisu sekali usap sebelum memakai seluar dalam. Kerana jika sekitar organ dibiarkan lembab, maka kulat dan bakteria akan mudah merebak.

2. Perhatikan jenis kertas tisu yang digunakan untuk membersihkan kawasan kemaluan. Lendir dan air memang terserap dengan baik oleh tisu. Namun tisu yang digunakan ada juga yang mudah tercemar oleh kuman dan bakteria yang merupakan penyebab jangkitan. Kita tidak mahu ini terjadi.

3. Gantilah seluar dalam paling tidak pun dua kali dalam sehari. Pastikan memilih seluar dalam yang mudah menyerap peluh yang diperbuat daripada kapas. 4. Elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat. Seluar dalam yang terlalu ketat akan menekan otot faraj dan membuat kawasan kemaluan menjadi lebih lembap, misalnya seluar jeans, dan memberi peluang bakteria tumbuh subur di kawasan tersebut.

5. Elakkan penggunaan pantyliner beraroma (minyak wangi) atau secara terus menerus setiap hari kerana boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Pantyliner hanya digunakan bila anda mengalami keputihan saja.

6. Gunakan pad/tuala wanita dengan permukaan yang lembut dan kering sehingga tidak menimbulkan iritasi ketika anda datang haid. Selain itu gantilah pad sekerap mungkin sekurang-kurangnya 5-6 jam sekali. Darah yang tertampung pada pad boleh menjadi medium tumbuhnya kuman penyebab jangkitan.

7. Elakkan penggunaan cecair khusus pembersihan organ intim secara rutin kerana akan mengganggu keseimbangan flora dalam faraj. Bila terlalu sering dipakai, justru akan membunuh bakteria baik dalam faraj, yang selanjutnya akan mencetuskan tumbuhnya cendawan. Akibatnya, muncul gatal-gatal di kawasan organ intim.

8. Elakkan hubungan seksual semasa anda dalam haid. Kerana apabila menstruasi, dinding rahim cenderung lebih sensitif sehingga boleh menyebabkan luka.

9. Elakkan stres berlebihan dan beralihlah ke gaya hidup aktif dengan teratur bersenam dan pengambilan makanan seimbang.

Pastikan anda tidak memandang rendah kepada perkara ini, kerana alat sulit yang tidak dijaga rapi akan membawa kepada pelbagai masalah yang lebih serius. Dapatkan FEMININE WASH dari Biodex hari ini juga. Bagi mendapatkan khidmat rundingan kehamilan PERCUMA, PM kami atau hubungi kami di 012-3953216 sekarang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan