BIODEX KAJANG

anda berminat membeli lazada.com.my..anda berminat membeli lazada.com.my

Sila ambil Perhatian!! Pembelian Biodex (pkb) hendaklah daripada stokis/mobile Stokis yang dilantik sah oleh BIODEX HEADQUATERS khidmatrunding kajang PUAN SHARIFAH whatssup 0123953216 or call

sharifah105@gmail.com
" Program Kehamilan Biodex (PKB) adalah formula ideal • menghadapi masalah kesuburan lelaki/wanita • menghadapi kesukaran untuk hamil • menghadapi masalah haid dan berat badan • menghadapi kelemahan rahim dan keguguran • menghadapi alahan semasa hamil • inginkan kulit bayi yang cerah, halus dan gebu • ingin memudahkan proses bersalin • ingin kembali langsing & bertenaga selepas bersalin..
wong284



" Dalam kes kemandulan,kebanyakan tumpuan diberikan kepada pihak wanita, Punca kemandulan boleh dikesan dengan beberapa punca antaranya: 1) Kemandulan disebabkan penyakit dalam faraj 2) Penyakit dalam rahim 3) Penyakit dalam saluran tiub falopio dan kegagalan ovulasi (pengeluaran benih). **Sedarkah anda?, anda juga mungkin berdepan dengan masalah ini? **Berikhtiarlah dengan "PROGRAM KEHAMILAN BIODEX" semuanya mungkin akan tercapai dengan izin ALLAH...>>>> saya berminat membeli BIODEX sekarang... Kemandulan disebabkan penyakit dalam faraj " Program Kehamilan Biodex (PKB) adalah formula ideal • menghadapi masalah kesuburan lelaki/wanita • menghadapi kesukaran untuk hamil • menghadapi masalah haid dan berat badan • menghadapi kelemahan rahim dan keguguran • menghadapi alahan semasa hamil • inginkan kulit bayi yang cerah, halus dan gebu • ingin memudahkan proses bersalin • ingin kembali langsing & bertenaga selepas bersalin......whattssup me 0123953216 or call


HOME contact us BUY BIODEX PRODUK BIODEX SOAL BIODEX
TRACK & TRACE
WAKTU SOLAT ALQURAN KEMUSYKILAN POS TESTIMONI VIDEO TESTIMONI BERTULIS orgtutorial


AMARAN PEMBELIAN DARI BIODEX KAJANG

BIODEX KAJANG



 
whatssup me 0123953216 or call
**AMARAN PEMBELIAN>>>
Sila ambil Perhatian!! Pembelian Biodex (pkb) hendaklah daripada stokis/mobile Stokis yang dilantik sah oleh BIODEX HEADQUATERS khidmatrunding kajang PUAN SHARIFAH 0123953216 sharifah105@gmail.com


saya berminat membeli BIODEX sekarang



��
�� anda berminat membeli lazada.com.my..anda berminat membeli lazada.com.my.. anda berminat membeli lazada.com.my..anda berminat membeli lazada.com.my..anda berminat membeli lazada.com.my..anda berminat membeli lazada.com.my.. anda berminat membeli lazada.com.my..anda berminat membeli lazada.com.my..anda berminat membeli lazada.com.my..anda berminat membeli lazada.com.my.. anda berminat membeli lazada.com.my..anda berminat membeli lazada.com.my..anda berminat membeli lazada.com.my..anda berminat membeli lazada.com.my.. anda berminat membeli lazada.com.my..anda berminat membeli lazada.com.my
��
��
BIODEX KAJANG


saya berminat membeli BIODEX sekarang

APA KATA PETUA

PETUA 2U>>


#anak kecil anda selalu kena bengkak kelenjar/kaki atau kepala berkudis>>


cari batu sebesar kepal carilah dimana2 gigi waterfool,panaskan seagak yang boleh panas,sesudah itu balut menggunakan surat khabar dan dibaluti lagi dengan kain,tuam tempat yang ada kelenjar spt celah peha ditengkuk atau bawah ketiak sehingga kelenjarnya surut.selepas baik kelenjarnya beli lah apa2 ubat gatal yang murah sekali pun cth..daun gelengang rm3.00 insyallah mujarab.

#bagi baby yang rewel dan selalu nangis malam>>

sama juga carikan batu yang sebesar telur ayam panas seagak kadar tahan bayi,balut surat khabar dan kain buat tuam di kaki,celah peha dan tengkuk..
amalkan tiap selepas mandi/waktu nak tidur..insyallah mujarab anak anda takan rewel dan nangis mlm lagi

Bayi yang demam

Ambil sedikit asam jawa, 3 helai daun sirih dan 3 bawang merah (seeloknya yang telah tumbuh daun sedikit).
Ramas semua sekali dalam air. Sapu perlahan-lahan bermula dari kaki bayi hingga ke kepala.
InsyaAllah sembuh

Info Daun Sirih


Daun sirih sudah dikenal sejak lama memiliki khasiat bagi kehidupan manusia. Saat obat-obat modern belum banyak dijual dan dengan mudah ditemukan, khasiat daun sirih bagi kehidupan lebih diingat oleh umat manusia. Sekarang ini, tidak banyak yang masih mengingat manfaatnya. Padahal manfaat daun ini sangat banyak. Berikut ini beberapa manfaatnya:
1. Memelihara kesehatan gigi dan mulut. Sirih yang rutin dikunyah akan membuat gigi kuat dan napas segar. Tradisi mengunyah sirih terdapat di beberapa negara Asia dengan campuran yang bermacam-macam. Secara umum campuran mengunyah sirih adalah kapur dan pinang. Mannfat daun sirih untuk kesehatan gigi ini akhirnya diolah oleh salah satu produsen pasta gigi dengan memproduksi pasta gigi yang mengandung sirih.
2. Mengobati batuk. Air rebusan daun sirih juga bermanfaat untuk mengobati batuk. Caranya beberapa lembar daun sirih direbus bersama dengan cengkeh dan diminum 3 kali sehari sampai gejala batuk hilang. Campuran air daun sirih ini biasanya ditambahkan pula dengan jeruk nipis. Untuk beberapa orang yang tidak tahan dengan rasa rebusan daun yang agak pedas, dapat ditambahkan madu.
3. Sebagai antiseptik. Air rebusan daun sirih juga dikenal sebagai antiseptik. Air rebusannya bisa digunakan untuk menghilangkan gatal-gatal, bau badan, sakit mata dan keputihan.
4. Menghilangkan bau badan. Air rebusan daun sirih digunakan untuk mandi dan juga diminum.
5. Menghentikan pendarahan. Daun sirih yang dilipat-lipat dan kandungan airnya keluar, ditempelkan pada bagian yang terluka. Daun sirih juga digunakan untuk menghentikan mimisan, pendarahan di hidung, dengan jalan memasukkan daun sirih pada lobang hidung.

#bagi anda yang resdung kuat>.

carikan daun limau purut yang asli sebanyak 7 helai yang agak muda(yang asli ada dua helai)caranya campurkan dengan bedak sejuk secukup untuk jadi bedak dan di ramas gaul sampai hancur daun limau purut tadi sebati bedak sejuk dan sapukan ditempat yang resdung sehingga kering cth dimuka,tangan kaki atau dibadan..insyalah hama akan berkurang gatal juga pergi.(DAUN LIMAU PURUT JUGA BOLEH DIREBUS DAN AIR NYA DIAMALKAN BASUH WAKTU PAGI HARI )

#kena keteguran/sembur pontianak>

sama juga cari daun limau purut 7 helai campur dengan bedak sejuk sapukan seluruh badan mulai dari muka bawa kekaki..

#terkena gatal ulat bulu>

kaedahnya sama seperti diatas cuma campur sedikit garam jantan lebih kurang 3 ketul dan sapukan insyallah hilang bisanya..

petua lagi.. .

Rekahan tapak kaki>

Kebanyakan wanita sering mengalami alahan pada kaki,seperti kematu,rekahan dan kasar samada alahan simen,bahan cucian lantaidan sebagainya.masalah ini boleh diatasi dengan melumur asam jawa pada kaki,setelah itu cucilah dengan air suam.lakukan dua kali sehari ,diwaktu pagi dan malam. jika diamalkan selalu,tapak kaki anda kembali.

Meredakan batuk yang berpanjangan>

Sedikit perahan air limau nipis,dicampur sedikit garam dan beberapa titik kicap disebatikan mengunakan jari kelinking dan berselawat nabi 3 kali diminum semuanya sekali teguk.Amalan dilakukan 3 kali berturut-turut insyallah batuk tidak lagi menyakitkan dan kelamaan hilang.

Sukar tidur atau resah

Amalan sebelum tidur seeloknya ada air sembahyang,membaca tiga Qul,selesai tarik nafas panjang ,letakan jari telunjuk di antara kedua lubang hidung dan hembuskan nafas melalui lubang hidung anda perlahan-lahan,rasai sebelah mana yang lancar dan kuat.jika kanan tidur kekanan,jika kekiri tidur kekiri,amalan ini juga dapat mengelakan kita digangguan atau pun dirasuk iblis yang dilaknat.


Hindari Rambut Gugur

1. Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
2. Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
3. Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.

Melebatkan Rambut

1. Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
2. Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.

Menghilangkan Kelemumur

Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-
1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
2. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
3. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

Rambut Berbuah

Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.

Meluruskan Rambut

Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.

Mencantikkan Payu Dara

Ramai wanita yang inginkan payu dara yang cantik. Cara untuk memilikinya ialah :-
1. Panaskan dua sudu besar minyak sapi kemudian sejukkan. Sapu dan urutkan di sekeliling payu dara selama 15 minit. Basahkan tuala dengan air suam, kemudian lap sehingga bersih.
2. Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Kemudian sapukan di sekitar payu dara. Jangan terkena pada putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa.

Payu Dara Membengkak

Daun kacang panjang dan daun sirih dibersihkan. Ramaskan kedua-duanya hingga hancur dan tampalkan pada buah dada. Buat berulang-ulang kali sehingga kering. Cuci dengan air bersih.

Menegangkan Payu Dara

Ibu-ibu yang menyusukan anak bimbang payu dara mereka akan menjadi kendur. Cara untuk mengatasinya ialah dengan cara :-
• Sapukan sedikit minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.
• Kemudian layurkan di atas api yang sederhana panasnya.
• Setelah layu, ramas dan sapukan pada payu dara kecuali putingnya.
• Lakukan selama tiga hari berturut-turut.

Mengempiskan Perut

1. Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan.
2. Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah :
o Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.
o Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
3. Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
4. Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
5. Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

Kaki Bersisik

1. Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka.
2. Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.
3. Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.

Urat Timbul Di Kaki

1. Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air sehingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur, letakkan kaki di atas bantal.

Awet Muda

Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:
• Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
• Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.

Melentik Bulu Mata

Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Untuk memiliki mata yang cantik, di sini ada satu cara yang boleh diamalkan :-
• Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan

Melebatkan Bulu Kening

Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.

Melebatkan Bulu Mata

Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu .
Mencantikkan Rambut

1. Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya
o Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.
o Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
o Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.
2. Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga keluar airnya. Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.
1. Campurkan sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki pada setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.
2. Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buatlah senaman angkat kaki selama 10 minit sebelum tidur.

Tumit Kaki Pecah


1. Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pisau pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku perubahan.
2. Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
3. Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh
4. Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
5. Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
6. Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
7. Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.
Kaki Bengkak Ketika Hamil
Rebus segenggam bulu jagung bersama sedikit air. Biarkan sehingga menjadi satu gelas. Kemudian tapis dan minum setaip hari.

Kematu di Tumit Kaki

1. Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis. Sapukan pada tempat yang kematu dan pecah-pecah.
2. Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama lima minit. Kemudian basuh seperti biasa dengan sabun dan air biasa.

Cengkam Kuku Kaki

Panaskan beberapa biji limau pada api kayu. Titiskan pada kuku yang mencengkam. Ulangi dua atau tiga kali sehari.

Ubat Sakit Kaki

1. Salai daun mengkudu beberapa minit. Kemudian balutkan pada kaki. Lakukan beberapa kali sehingga kaki sembuh
2. Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak masak. Sapukan pada bahagian yang sakit. Kemudian balut dengan daun tembaga suasa.

Merawat Kuku Kaki

Titiskan cuka secukupnya di sekitar ibu jari kaki. Kemudian bersihkan dengan air suam. Anda akan dapati kotoran yang melekat pada kuku akan keluar dengan sendirinya.

Mengilatkan Kuku Kaki

Buang kulit bawang putih dan potong dua, Gosokkan pada kuku kaki sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah selalu sehingga anda benar-benar berpuas hati.












PANTANG LARANG>>>>

SENAMAN>>>

PILIHAN PAKAIAN SEMASA HAMIL>>>

MAKANAN SEMASA PANTANG>>>

TAFSIR MIMPI>>>

WANGIAN>>>



DOA MUSTAJAB>>>DOA MENDAPATKAN ZURIAT

Sememang nya umat islam sinonim dan digalakan sentiasa berzikir dan berdoa kerana ianya pati ibadah,lihat dan carilah didalam AlQuran. Terdapat banyak himpunan doa yang diberikan Allah untuk dihayati dan bacalah setiap hari.Nabi Ibrahim A.s dan Nabi Zakaria A.s tidak pernah putus berdoa kepada Allah meminta agar dikurniakan anak yang soleh sehingga mereka uzur, baru dimakbulkan doa mendapat Zuriat.

Doa Nabi Ibrahim a.s

Ya Allah ! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan,terimalah uzur saya,sesungguhnya Engkau mengetahui hajatku,berikanlah permintaan ku dan Engkau mengetahui yang ada pada diriku,maka ampunilah dosa ku..berikanlah...

Doa Nabi zakaria A.s

Tuhan ku janganlah engkau tinggalkan daku seorang diri, padahal engkau tuhan yang paling baik dari segala orang yang mewarisi.

Surah Al-Anbiya 21:89
Tuhanku berikanlah kepadaku dari sisimu keturunan(anak) yang baik,sesungguhnya engkau Tuhan yang sangat mendengar doa


Doa sebelum berjimak

Dengan nama Allah ! jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau kurniakan kepada kami(anak)

#Doa ini perlu diamal sebelum berjimak untuk menghindarkan dari gangguan syaitan keatas janin.

MENINGKATKAN AMALAN>>>

AMALAN SUKA BERSEDEKAH

Hadith yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan ahmad diriwayatkan Ahmad.
Tatkala Allah mencipta bumi,maka bumi pun bergetar,Lalu Allah Allah mencipta gunung dengan kekuatan yang diberikan kepadanya,ternyata bumi terdiam.Para Malaikat kehairanan akan penciptaan Gunung tersebut.Kemudian mereka bertanya”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-mu yang lebih kuat daripada gunung”.
Allah menjawab”Ada iaitu besi”(kita mafhum bahawa gunung batu pun boleh rata dikorek oleh bulldozer atau sejenis yang diperbuat daripada besi)
Para malaikat bertanya lagi”Ya Rabbi,adakah sesuatu dalam penciptaan-mu yang lebih kuat daripada besi?”
Allah Yang Maha Suci menjawab,”ada iaitu Api”(besi walau sekeras mana sekalipun cair di bakar api).Para Malaikat kembali bertanya “Ya Rabbi,adakah sesuatu dalam penciptaan-mu yang lebih kuat daripada api?”
Allah Yang Maha Suci menjawab,”ada iaitu Air”(api walau dahsyat mana sekalipun nescaya akan padam tatkala disiram air)).Para Malaikat kembali bertanya “Ya Rabbi,adakah sesuatu dalam penciptaan-mu yang lebih kuat daripada air?”

Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab,”Ada iaitu angin”(air disamudera yang luas akan serta merta terangkat,bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang amat dasyhat,tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat)Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi”Ya Allah,adakah sesuatu dalam penciptaan-mu yang lebih dahsyat dari itu semua?”.
Allah Yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatanya menjawab,”Ada ,iaitu amal anak adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya” Ertinya yang paling hebat ,paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya sehingga sedekah yang dilakukannya bersih,tulus dan ikhlas tanpa ada unsure menunjuk-nunjuk ataupun diketahui oleh orang lain.
Maka berkaitan dengan ikhlas ini,Rasullah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Mekah.”Wahai! segenap manusia!”Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai apa yang diniatkannya”.
Oleh itu hendaknya, kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata-mata,,tanpa rasa ingin dipuji,dianggap dermawan,dihormati,dan lain-lain perkara yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia belaka.

GANJARAN BERSEDEKAH


Rasullah SAW menganjurkan kita agar memperbanyakan bersedekah agar rezeki yang Allah berikan menjadi bertambah berkah.
Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang bersedekah,ganjaran yang berlipatganda(700 kali) dan sebagai ganti sebagaimna Firman-Nya dan sabda Rasullah SAW “Allah Ta’ala berfirman”Adapun orang yang memberikan(hartanya dijalan Allah) dan bertakwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik(syurga)maka kami akan menyiapkan baginya jalan yang mudah”{Qs al lail(92):5-8}
Allah Ta”ala berfirman “perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya dijalanm Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuh tujuh butir,pada tiap butir seratus biji., Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dia kehendaki.Dan Allah Maha Luas(kurnia-nya) lagi Maha Mengetahui’{Al Baqarah(2):261}
Rasullah SAW bersabda :setiap awal pagi semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi,yang satu menyeru “Ya Tuhan, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah”. Yang satu lagi menyeru “musnahkanlah orang yang menahan hartanya”@

SEDEKAH MENOLAK BALA


Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan untuk menolak bala,kesulitan dan perbagai macam penyakit,sebagaimana Rasulullah SAW bersabda”bersegeralah bersedekah,yang namanya bala tidak pernah mendahului dengan sedekah”. “Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah”.”Ubatilah penyakitmu dengan sedekah”.@
Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini,,namun persoalannya,seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi,sebagai contoh kadangkala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka menjadi peminta sedekah sebagai pekerjaan,malas dll. padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik(bersedekah), mulai saat ini hendaklah kita hilangkan prasangka yang sedemikian kerana sedekah kita berikan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-nya yang menganjurkan agar umatnya selalu bersedekah.
Masalah yang timbul akibat bersedekah yang tersalah sasaran bukan urusan kita,bersedekah dan bertakwalah kepada Allah yang satu,bayangkan lah kalau tidak ujud fakir miskin,pengemis,orang miskin dll kepada siapa lagi kita berbuat amal(bersedekah).mereka itu merupakan ladang amal bagi mereka yang beramal dan berkemampuan untuk bersedekah.
Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan sibuk ini pemberian sedekah atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah kepada pengemis/peminta/ fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah sebelum sholat Juma'at dan memasukkannya ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.
Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah . Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi di dunia maupun akhirat kerana tidak mendapat keberkatan, dan sebenarnya, orang yang bersedekah adalah untuk dirinya juga. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka.
Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung di sisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.

AKAN TERUS MENGALIR


Dari abu Hurairah RAbahawa sesungguhnya Rasullah SAW telah bersabda,”Bila seorang hamba telah meninggal,segala amalnya terputus kecuali tiga perkara amal jariah,ilmu yang bermanafaat dan anak soleh yang mendoakanya”.



;like photo: Like this
Capture_zps835b159e.jpg












MARI MAKAN ULAMAN



Balik Adap
<> 
Nama Saintifik:Mussaenda villosa wall
Famili: Rubiaceae
Nama Biasa: Balik adap
Lokasi dijumpai:
Disemak-semak dan belukar
Keterangan
Tumbuhan ini biasa dijumpai di kampung-kampung di kawasan belukar. Daunnya terdiri dari campuran daun yang berwarna hijau dan putih. Bunganya ada yang berwarna oren dan ada yang berwarna putih. Daunnya biasa dijadikan ulam oleh penduduk kampung.
Kegunaan
Ia digunakan untuk mengubati demam dengan cara meramas daunnya ke dalam sebesen air sama seperti yang dilakukan dengan menggunakan daun bunga cina. Air ini digunakan untuk menjarang (membasahkan) kepala pesakit untuk menurunkan suhu badannya.



Bangun-bangun


Nama Saintifik: Solenostemon amboinicus
Famili: Labiatae
Nama Biasa: Bangun-bangun
Nama lain: Ati-ati hijau, allspice
Lokasi dijumpai: Di tanam sebagai rempah dan ulam
Keterangan
Pokok bangun-bangun atau dikenali juga dengan ati-ati hijau biasa ditanam sebagai ulaman dan penyedap rasa dalam masakan. Pucuk mudanya dijadikan ramuan untuk sambal tempoyak. Ia juga dijadikan ramuan untuk nasi ulam. Bangun-bangun senang membiak melalui keratan batang dan daun. Medium pilihan ialah tanah gembur yang mempunyai pengaliran air yang baik dan terdedah kepada cahaya matahari.
Kegunaan
Bangun-bangun terkenal dalam perubatan melayu dan cina terutamanya untuk menjadi penawar kepada batuk, mual-mual,sakit kepala dan masalah pencernaan. Caranya sehelai daun bangun-bangun diseduh dengan air panas dan dimasukkan sedikit gula batu sebelum di minum. Jusnya pula boleh dijadikan ubat untuk asma, batuk dan bronkitis. Daunnya yang dilumatkan dapat menjadi penawar kepada gigitan serangga berbisa dan kulit melecur dengan cara menampal daun lumat yang telah menjadi seperti pes pada bahagian yang terlibat.



Bebuas
Nama Saintifik: Premma Cordiflora
Famili: verbenaceae
Nama Biasa: Bebuas
Lokasi dijumpai: Tumbuh meliar di tepi hutan
Keterangan
Bebuas banyak dijadikan ulam oleh masyarakat melayu . Pucuknya yang rangup dan mempunyai rasa sedikit pahit menambahkan lagi selera makan.
Kegunaan
Antara khasiat pokok bebuas bila dimakan mentah sebagai ulam ialah ia dapat membuang angin dalam badan dengan cepat. Air rebusan pucuk bebuas pula boleh menolong untuk mengatasi masalah kecacingan dan menambah air susu ibu.



Cempaka telur 
Nama Saintifik: Michelia Pumila/Talauma pumila Bl
Famili: Magnoliaceae
Nama Biasa: Cempaka telur
Nama lain: Dwarf magnolia, cempaka gondok, magnolia coco, egg magnolia
Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar dan hiasan
Keterangan
Tumbuhan ini mempunyai batang berkayu dan boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya berbentuk bulat seperti telur dan mempunyai bau yang amat wangi terutamanya diwaktu malam. Ia boleh mencapai ketinggian antara 3-6 kaki (1-2 meter). Jika ditanam di dalam pasu ia perlu disiram setiap hari supaya tanahnya tidak kering. Tumbuhan ini tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari terus tetapi memerlukan cahaya yang cukup untuk membesar dan berbunga
Kegunaan
Bunganya boleh digunakan untuk mengubati keputihan, batuk berkahak, insomania dan kecederaan traumatik



Bunga Cina / Melur Cina
Nama Saintifik: Gardenia Augusta
Famili:Rubiaceae
Nama Biasa: Bunga Cina / Melur Cina
Nama lain: Kacapiring, gardenia
Lokasi dijumpai: Di halaman rumah, taman-taman bunga
Keterangan
Bunga cina atau nama saintifiknya Gardenia augusta, Merr dari famili Rubiaceae banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan atau sebagai pagar kerana daunnya yang rimbun dan mempunyai banyak cabang. Bunganya yang berwarna putih berbentuk seperti bunga mawar dan berbau harum. Warna putih akan berubah menjadi kekuningan selepas bunga mekar sepenuhnya.Tumbuhan ini boleh tumbuh di tempat sejuk atau panas dan ia merupakan tumbuhan yang senang dijaga. Tempat yang paling sesuai untuk pertumbuhannya adalah ditempat yang beriklim agak sejuk seperti dikawasan pergunungan dengan ketinggian lebih kurang 400 meter dari paras laut. Pokok ini boleh mencapai ketinggian 1 - 2 meter. Ia membiak melalui keratan batang dan semaiannya boleh dilakukan dengan memilih ranting yang agak tua, buang kesemua daunnya dan tanamkan di dalam polybag berisi pasir. Pastikan air mencukupi bagi menggalakkanpertumbuhan akar. Pokok ini mempunyai potensi untuk di komersialkan sebagai minyak wangi kerana bau bunganya yang sangat harum.
Kegunaan
Boleh digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis, seriawan, demam dan sembelit. Caranya untuk kencing manis ambil 12 helai bunga cina direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal satu gelas dan diminum sekali sehari. Untuk seriawan pula, ambil 7 helai daunnya diramas dengan secawan air lalu ditapis dan dicampurkan dengan 2 sudu makan madu dan seketul gula batu. Minum 2 kali sehari. Manakala untuk demam pula, ramas 7 helai daunnya dengan secawan air yang dicampur dengan gula batu lalu diminum 2 kali sehari. Bagi merwat sembelit pula ambil 3 biji buahnya direbus dengan 2 gelas air sehingga mendidih yang berbaki hanya satu gelas sahaja.



Cekur 
Nama Saintifik: Kaempferia galangal
Famili: Zingiberaeceae
Nama Biasa: Cekur
Nama lain: Kencur
Lokasi dijumpai: Di pinggir hutan 
Keterangan
Sejenis herba dan tumbuh melebar di atas tanah. Daun licin, berbentuk tirus, tersusun padat dlm pasangan yang bertentangan. Hujung daun runcing, lebih kurang 16cm panjang, 8 cm lebar. Daunnya mempunyai sedikit aroma. Cekur tidak berbatang, mengeluarkan bunga berwarna putih-ungu. Akar/rizomnya bercabang-cabang, beraroma dan isinya berwarna kuning oren. Cekur bukan bahan penting dalam masakan orang Malaysia tetapi berperanan besar dalam masakan Indonesia, Thailand, Vietnam dan India.
Kegunaan
Di Asia Tenggara, rizom cekur dicampurkan dengan lada sulah, kayu manis dan madu untuk mengubati selsema. Ia dijadikan tonik untuk mengubati batuk kering dan bronchitis. Cekur juga dijadikan losyen untuk merawat sakit mata, sakit tekak, bengkak, demam, sakit dan sengal tulang. Untuk wanita baru bersalin, cekur mengucupkan rahim dan menggalakkan pembuangan angin. Di Indonesia, akar cekur digunakan untuk merawat keracunan makanan, ulser mulut, batuk dan selsema. Akar cekur yang dikunyah dan ditelan boleh membuat seseorang itu khayal. Di India, wangian daripada cekur digunakan untuk melindungi pakaian daripada serangga. Di Filipina, air rebusan akar cekur digunakan untuk merawat sakit perut disebabkan pencernaan makanan yang kurang baik. Air rebusan turut digunakan untuk membasuh rambut bagi mengatasi masalah kelemumur dan menghilangkan rasa gatal dan pedih akibat digigit ulat bulu. Di Thailand, cekur digunakan untuk merawat sakit kepala.



Cempaka telur
Nama Saintifik:Michelia Pumila/Talauma pumila Bl
Famili:Magnoliaceae
Nama Biasa:Cempaka telur
Nama lain:Dwarf magnolia, cempaka gondok, magnolia coco, egg magnolia
Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar dan hiasan
Keterangan
Tumbuhan ini mempunyai batang berkayu dan boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya berbentuk bulat seperti telur dan mempunyai bau yang amat wangi terutamanya diwaktu malam. Ia boleh mencapai ketinggian antara 3-6 kaki (1-2 meter). Jika ditanam di dalam pasu ia perlu disiram setiap hari supaya tanahnya tidak kering. Tumbuhan ini tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari terus tetapi memerlukan cahaya yang cukup untuk membesar dan berbunga
Kegunaan
Bunganya boleh digunakan untuk mengubati keputihan, batuk berkahak, insomania dan kecederaan traumatik



Dukung Anak
Nama Saintifik:Phyllanthus Niruri
Famili:Eurphorbiaceae
Nama Biasa:Dukung Anak
Nama lain:Kelek anak, meniran(indonesia),Bhuaionla, kiranelligida(india)
Lokasi dijumpai:Di tepi longkang dan di kawasan pertanian
Keterangan
Dikenali dengan nama meniran bagi masyarakat indonesia , tumbuhan in termasuk dalam famili Eurphorbiaceae. Selalunya tumbuh di kawasan yang tanahnya agak keras, seperti di celah retakan simen. Juga boleh didapati di kawasan kebun-kebun sayur dan tanah terbiar. Daun pokok ini adalah dari jenis majmuk bipinat, daunnya kecil berwarna hijau yang agak gelap dan tersusun berselang seli dengan jarak lebih kurang 6-10mm. Ia adalah herba tahunan(annual) dengan ketinggian lebih kurang 30-60 cm. Ia mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan dan satu tangkai bunga mempunya bunga-bunga kecil yang banyak . Terdapat dua jenis bunga; bunga jantan dan betina. Kapsul bijinya sangat kecil, berpermukaan licin dan dari jenis 3-gonous. Kitaran dari satu biji ke biji yang berikutnya adalah 2 hingga 4 minggu. Dukung anak tumbuh di kawasan yang beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia,Thailand. Juga terdapat di China, India dan dalam kawasan antara Filipina dan cuba. Di kebanyakan tempat ia mendatangkan masalah kepada petani kerana selalunya tumbuh di kawasan pertanian dan dianggap rumpai yang sukar dikawal.
Kegunaan
Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan. Perubatan ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga, bronchitis, kusta, anemia, penyakit kelenjar kencing, anuria dan asma. Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah (dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India). Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta (scabies) dan kurap. Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning (jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir. Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta(scabies). Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam. Ia juga boleh digunakan untuk merawat bisa gigitan ular. Tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai tuba(racun) ikan. Kaedah perubatan ayurveda banyak menggunakan tumbuhan ini samaada dalam bentuk tumbuhan ini dikeringkan dan dijadikan serbuk atau terus menggunakan tumbuhan ini dalam bentuk tumbuhan segar.
Walaupun masih sukar untuk menentukan apakah kandungan dalam tumbuhan ini yang menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi, ada kajian yang menunjukkan ia memberikan kesan positif untuk mengubati penyakit hepaptitis B, dalam satu kajian, didapati 22 daripada 37, iaitu sebanyak 59% dari pembawa virus hepatitis B yang dirawat dengan persediaan herba dari tumbuhan ini selama sebulan telah kehilangan antigen hepatitis B setelah di uji selepas 15 hingga 20 hari selepas rawatan selesai. Jika menggunakan rawatan biasa hanya 4% dari pembawa akan kehilangan antigen untuk tempoh yang sama. Persediaan herba ini hendaklah di amalkan selama sebulan atau lebih untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Jika digunakan secara biasa, tiada kesan sampingan didapati setakat ini. Namun anda dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor sebelum memulakan rawatan. Walaupun ia membantu mengurangkan jumlah virus hepaptitis B yang dijumpai didalam darah, ia masih tidak dapat menghilangkan kesemuanya, jadi ia bukanlah penawar kepada penyakit ini, namun mengambilannya dapat mengurangkan dan mengawal pertumbuhan dan pertambahan virus hepatitis B. Kajian lanjut masih dijalankan oleh para saintis mengenai kegunaan dukung anak untuk merawat hepatitis B.



Gandarusa
Nama Saintifik:Justicia Gendarussa linn
Famili:Acanthaceae
Nama Biasa:Gandarusa
Nama lain:Daun rusa(melayu), bo gu dan(cina),gendarussa(english)
Lokasi dijumpai:Tumbuhan meliar dan tanaman hiasan 
Keterangan
Tumbuhan ini boleh dijumpai tumbuh liar di kawasan semak pada ketinggian 1-500 meter dari aras laut. Ia tumbuh tegak dan boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter. Panjang daunnya lebih kura 5-20 cm dan daunnya dari jenis daun tunggal. Dua jenis gandarusa biasa dijumpai dan dibezakan oleh warna batangnya. Ada yang berwarna hitam dan ada yang berwarna hijau. Pokok berbatang hitam lebih popular sebagai ubat dari yang berbatang hijau.
Kegunaan
Ia biasa digunakan untuk mengubat lebam akibat pukulan, tulang patah, rheumatik dan bisul. cara penggunaannya ,untuk tulang patah daunnya yang segar atau kering dikisar hingga lumat dan dicampur cuka untuk ditampal pada bahagian yang luka dengan syarat tulang telah berada pada kedudukannya yang betul. Untuk rheumatik 15-30 g daunnya yang segar direbus hingga mendidih dan airnya diminum. Untuk lebam pula daunnya dilayurkan pada api hingga layu dan ditampal pada bahagian yang lebam. Ia juga boleh digunakan untuk menurunkan panas badan, menyembuhkan lumpuh otot muka (selalunya disebabkan oleh minor stroke),sakit kepala, mata dan telinga. Amaran: Tidak boleh digunakan oleh wanita hamil.



Hati-hati 
Nama Saintifik:Coleus Blumei
Famili:Labiatae
Nama Biasa:Hati-hati
Nama lain:Nilam, bangun-bangun, ati-ati
Lokasi dijumpai:Tanaman hiasan
Keterangan
Pokok hati-hati terdapat dalam banyak warna antaranya ungu dan hijau serta campuran merah jambu dan hijau. Pokok ini banyak ditanam sebagai pokok hiasan dan tutup bumi.
Kegunaan
Daun hati-hati digunakan untuk merawat batuk terutamanya untuk orang dewasa. Caranya ialah dengan cara menumbuk beberapa helai daunnya dan dicampur dengan air, kemudian tapis airnya untuk diminum dua kali sehari. Selain itu campuran daun hati-hati, daun inai, daun jambu batu dan akar tutup bumi direbus hingga mendidih dan diminum airnya untuk mengecutkan rahim. Untuk asma pula(terutamanya pada kanak-kanak) ambil beberapa helai daun hati-hati yang berwarna hijau dan secubit kapur sirih. Ramas(upar) daun bersama kapur sirih hingga hancur dan sapu pada dada pengidap asma tadi sebelum tidur.Daun ini boleh juga direbus bersama dua cawan air hingga tinggal secawan, campurkan sedikit gula batu dan minum.



Hempedu Bumi
Nama Saintifik: Andrographis Paniculata
Famili:Acanthaceae
Nama Biasa:Hempedu bumi
Nama lain:Akar cerita, sambilata,nivalembu,king of bitter, maha tita
Lokasi dijumpai:Malaysia, Thailand, India, Indonesia
Keterangan
Pokok Hempedu bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.
Kegunaan
Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi di samping merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan. Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan. Antara herba yang mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu bumi (nama saintifiknya adalah Andrographis Paniculata) ataupun sesetengah orang memanggilnya sebagai akar cerita. Pokok herba ini agak senang dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun kawasan semak samun yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di kawasan sedemikian, maka sebahagian besar masyarakat hari ini kurang mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi tumbuhan ini adalah untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga demam. Malah, tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu. Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari. Cukup untuk minum sekali sehari.



Jarum Tujuh Bilah
Nama Saintifik:Pereskia sacharosa/saecnarosa
Famili:Cactaceae
Nama Biasa:Jarum tujuh bilah
Nama lain:Bintang tujuh,Pokok kanser,Chat sim Chan
Lokasi dijumpai:Tanaman hiasan
Keterangan
Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar. Ia merupakan genus paling primitif dalam keluarga kaktus. Pereskia berasal dari Korea tapi boleh didapati dengan mudah di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Malah ia merupakan tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali tundra. Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adala sinar matahari yang terang dan iklim tropika. Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak. Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan, pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk Arizal 2004. Ia juga boleh membiak melalui biji benih. Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi. Terdapat 15-20 spesis pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam, kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah. Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad.
Kegunaan
Pereskia dikatakan dapat merawat kanser terutamanya kanser kolon(usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain. Terdapat 3 cara menggunakannya, pertama dengan memasukkan lebih kurang 2 helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai ulam sebanya 1-3 helai setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat, campurkan air dan jusnya diminum. Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman teh selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita. Kajian terhadap kandungan kimia yang terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser terhadapnya sedang giatdijalankan.



Kacang Telang
Nama Saintifik:Clitoria ternatea
Famili:Kekacang
Nama Biasa:Kacang telang
Nama lain:Butterfly pea, blue pea
Lokasi dijumpai:Tumbuhan meliar
Keterangan
Kacang telang atau nama saintifiknya clitoria ternatea dari famili Fabaceae juga dikenali dengan nama butterfly pea, blue pea. Di kelantan ia juga dikenali dengan nama bunga nasi kerabu kerana ia boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru. Tumbuhan ini akan membiak subur dalam medium yang agak lembap (tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi) dan tanah perlu lembab sepanjang masa. Ia memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk membesar. Tumbuhan ini boleh membiak dengan cara keratan batang atau biji. Sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman pada trailis ataupun sebagai tanaman untuk pasu gantung. Bunganya yang berwarna ungu kebiruan akan mekar sepanjang tahun. Untuk menyemainya, biji benih direndam dalam air selama 3 hingga 4 jam sebelum disemai dalam tanah. Selalunya benih akan mula bercambah selepas 7 hingga 14 hari. Untuk keratan batang pula semai dalam pasir yang lembap dan pastikan airnya mencukupi. Tumbuhan ini perlu selalu dipangkas (dipotong rantingnya) untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut.
Kegunaan
Kacang telang telah dipercayai turun-temurun berkhasiat untuk melebat dang menghitamkan rambut. Ia juga mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit kepala. Selain daripada itu kepercayaan yang tidak dapat dibuktikan secara saintifik adalah untuk mengelakkan keguguran batangnya dililitkan pada pinggang perempuan hamil. Daunnya dan bunganya juga dikatakan dapat mengurangkan sakit kepala. Caranya, daun atau bunganya dimasukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan untuk tidur oleh pesakit. Bunganya juga boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulcer mulut. Ia juga dapat merawat insomnia.



Kacip Fatimah
Nama Saintifik:Labisia Pumila
Famili:Myrsinaceae
Nama Biasa:Kacip Fatimah
Lokasi dijumpai:
Malaysia, Thailand, Indochina
Keterangan
Kacip fatimah atau nama saintifiknya labisia pumila dari famili Myrsinaceae adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu. Ia biasanya tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut. Tumbuhan ini membiak dengan 2 cara: melalui biji benih dan keratan akar(pecahan akar). Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna dikawasan yang akan redup dengan tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung air. 3 jenis variasi yang biasa dijumpai di Malaysia ialah :Labisia pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var. lanceolata.
Kegunaan
Kacip Fatimah begitu sinonim dengan wanita. Ia dikatakan dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin. selain dari itu ia juga dikatakan dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan. Kacip fatimah juga dikatakan dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid. Sekarang banyak syarikat pengeluar herba mengkomersialkan tumbuhan ini dan dijadikan tonik selepas bersalin. Cara penggunaan untuk selepas/sebelum bersalin ialah dengan merebusnya (satu pokok termasuk daunnnya) ke dalam seperiuk air (seeloknya periuk tanah) dan airnya diminum. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir(hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya yang telah dikeringkan. Ia juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism), gonorhea dan walaupun tumbuhan ini mempunyai khasiat yang begitu tinggi, satu aspek yang sering dilupakan adalah tahap ketoksidan kandungan kimia didalamnya. Kajian sedang dilakukan dengan terperinci untuk menentukan kesan sampingan dan akibat dari penggunaan produk dari bahan ini supaya dos yang sepatutnya boleh dicadangkan.



Kaduk
Nama Saintifik:Piper sarmentosum roxb
Famili:Piperaceae
Nama Biasa:Kaduk
Nama lain:Sirih duduk
Lokasi dijumpai:Di kawasan yang agak lembab
Keterangan
Kaduk ialah sejenis tanaman yang banyak digunakan sebagai perisa dalam masakan melayu seperti masak lemak terutamanya masak lemak udang dan ketam. Kaduk sedap dijadikan ulam jika direbus dan dicecah dengan sambal belacan. Ia mudah ditanam dan hidup subur terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap dan hidup liar. Daun kaduk lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakala bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat. Ia adalah tumbuhan jenis memanjat yang sesuai hidup dikawasan beriklim panas seperti tropika. Kaduk hidup meliar terutama di kawasan teduh, lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah keratan batang.
Kegunaan
Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang. Daunnya yang ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara menambal pada bahagian panau itu.



Kari
Nama Saintifik:Murraya Koenigii
Famili:Rutaceae
Nama Biasa:Kari
Nama lain:Karipulei, curry leaves
Lokasi dijumpai:Diperkarangan rumah
Keterangan
Pokok kari ialah sejenis pokok renek yang mempunyai ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter. Ia biasa ditanam dihalaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat india kerana ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, chutney , murukku dan sebagainya lagi. Berasal dari India dan Sri Lanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika. Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral. Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membuak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi : 66.3% kelembapan, 6.1% protein, 1.0% lemak, 16.0% karbohidrat, 6.4% fiber, Mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin C. Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.
Kegunaan
Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan india. Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masaalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir. Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan. Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Buahnya dididihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.



Kenerak 
Nama Saintifik:Goniothalamus Umbrosus
Famili:Annonaceae
Nama Biasa:Kenerak
Nama lain:Selukai, selukai putih
Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar
Keterangan
Pokok kenerak merupakan sejenis pokok renek yang boleh ditemui dihutan dan belukar yang agak tebal. Bunganya berbau sangat wangi, berwarna kuning keputihan ketika mula kembang dan akan berubah menjadi kuning. Daunnya agak besar dan lebar berukuran lebih kurang 20 cm panjang dan 7 cm lebar. Ia boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang.
Kegunaan
Secara tradisinya kenerak digunakan dalam perubatan melayu untuk merawat penyakit seperti barah rahim. Ia juga digunakan sebagai penjarak kehamilan dan tonik selepas bersalin. Secara saintifik ia terbukti merupakan tumbuhan yang mempunyai ciri anti kanser (kulit batangnya). Styrylpyrone derivative (SPD) ialah ialah bahan aktif yang diekstrak dari kenerak. Ia terbukti dapat menyeimbangkan pertumbuhan sel kanser (kanser payudara) dengan cara meningkatkan kematian sel barah. SPD dijangka akan berada dipasaran pada tahun 2005. Kajian terhadap kenerak dan SPD yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari UKM telah memenangi Pingat Emas dalam pertandingan ciptaan dan teknik baru yang berlangsung di Geneva switzerland pada tahun 2000.



Kermak Putih


Nama Saintifik:Alternanthera sessilis
Famili:Amaranthacea
Nama Biasa:Kermak putih
Nama lain:Keremak, keremah, daun tolod
Lokasi dijumpai:Di kawasan berumput
Keterangan
Kermak ialah sejenis tumbuhan yang biasa dijumpai tumbuh bersama rumput. Struktur hampir menyerupai pokok urang aring dan habitatnya juga sama. Ia boleh tumbuh dikawasan lembab dan agak berair hingga ada yang menganggapnya tumbuhan akuatik.
Kegunaan
Kermak biasa digunakan untuk mengubat cirit birit, melancarkan pembuangan najis, mengubat penyakit TB(tuberculosis) dan penyakit kuning. Ekstrak atau jus dari tumbuhan ini boleh diminum. Ia juga boleh dijadikan ulam. Sesetengah berpendapat mengatakan kermak dapat mencuci lemak dan toksid dari badan jika di makan sebagai ulam.



Senduduk


Nama Saintifik:Melastoma malabathricum
Famili:Melastomataceae
Nama Biasa:Senduduk
Nama lain:Keduduk,senggani,Straits Rhododendron
Lokasi dijumpai:Semak dan belukar
Keterangan
Pokok renek ini biasa dijumpai dibelukar dan semak yang tidak terlalu tebal. Tinggi purata pokok senduduk ialah 1 m namun ia boleh mencapai ketinggian hingga 3 m. Batangnya berwarna kemerahan dan dilitupi oleh bulu-bulu halus. Sama seperti batang daun dan buahnya juga dilitupi bulu ini. Bunganya cantik dan mempunyai 5 kelopak dengan stamen berwarna kuning ditengah-tengahnya. Bunga senduduk yang paling biasa dijumpai berwarna ungu gelap hingga ke merah jambu dan putih. Jenis berwarna putih ialah jenis yang paling jarang dijumpai tumbuh liar. Selalunya ia ditanam untuk tujuan perubatan. Bijinya berwarna hitam dan mempunyai sedikit rasa pahit dan manis dan ia boleh dimakan. Apabila dimakan ia boleh meninggalkan warna hitam pada mulut dan dari sinilah senduduk mendapat nama botaninya melastoma yang bermaksud mulut hitam dalam bahasa greek. Pucuknya boleh dijadikan ulam dengan dimakan mentah atau direbus. Ia mempunyai rasa yang agak masam kelat. Warna dari buahnya dijadikan pewarna kain disesetengah tempat sepeti di Thailand. Daunnya boleh dijadikan makanan untuk ulat sutera seperti daun kertau dan mulberi juga.Buahnya menjadi makanan kegemaran burung.
Kegunaan
Perubatan tradisional banyak menggunakan senduduk sebagai tumbuhan untuk mengembalikan kecergasan badan terutamanya selepas bersalin. Daun senduduk bersama daun mengkudu, serai wangi, pandan dan limau purut dicampur bersama air panas dan dijadikan rempah untuk mandi selepas bersalin, selalunya selama 3 pagi selepas bersalin. Daunnya yang tua dan gugur kebumi akan bertukar warna menjadi merah muda. Daun ini ditumbuk dan air tapisannya diminum untuk menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin. Sesiapa yang pernah terkena bisa ulat bulu pasti tahu betapa sakitnya bisa itu. Daun senduduk boleh juga di gunakan untuk merawat bisa ini dengan cara menumbuk daunnya yang matang dan gugur kebumi dalam keadaan telungkup dan ditampal pada bahagian yang terkena ulat bulu tadi. Selain daripada itu senduduk juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, najisk berdarah dan buasir dengan cara meminum air rebusan daunnya. Pes daunnya yang ditumbuk juga boleh menghilangkan parut akibat pelentong/bertih/cacar air.



Teja
Nama Saintifik:Cinnamomum culilawan Bl
Famili:Lauraceae
Nama Biasa:Teja
Nama lain:Kayu tija(indonesia),culilawan
Lokasi dijumpai:Di hutan dan kawasan pembalakan
Keterangan
Pokok teja ialah sejenis tumbuhan renek yang senang didapati di kampung kampung. Semasa kecil ibu selalu menggunakan rebusan daun teja bersama daun, medang turus sebagai air mandian untuk menghilangkan lenguh badan. Tumbuhan saka ini adalah tumbuhan dari famili yang sama dengan kayu manis dan bentuk fizikal dari bentuk daun dan bunganya juga hampis sama. Seluruh bahagian pokok ini terutama kulit batangnya mempunyai aroma yang kuat. Bahan aktif yang terdapat didalamnya ialah minyak volatile.
Kegunaan
Walaupun teja mempunyai banyak khasiat perubatan namun ia jarang digunakan kerana pendedahan yang tidak meluas mengenai khasiatnya. Antara khasiat teja ialah untuk mengembalikan kecergasan badan dan mengilangkan lenguh-lenguh dengan cara mencampurkan daunnya bersama air suam dan dijadikan air mandian. Ia sesuai digunakan oleh ibu yang baru melahirkan.



Tutup Bumi 



Nama Saintifik:Elephantopus Scaber
Famili:Compositae
Nama Biasa:Tutup Bumi
Nama lain:Tapak leman/tapak liman,Tapak tangan, tapak tanah,tapak gajah, ku di dan (china),Prickly-leaved Elephants Foot(English),Doh , Doh Mai Rue(Thailand) Lom
Lokasi dijumpai: Padang-padang rumput
Keterangan
Rumpai ini biasa dijumpai tumbuh liar dipadang-padang bersama rumput. Ia sesuai tumbuh pada semua ketinggian hingga mencapai 1200 m dari aras laut.
Kegunaan
Untuk mengubat anaemia, batuk ,selsema dan serak tekak, radang rahim , hepatitis, bisul, penyakit kulit, cirit birit dan keputihan juga radang mata. Ia juga dikatakan dapat mempermudahkan proses kelahiran dan digunakan selepas bersalin untuk mengembalikan kecergasan badan. Bahagian yang digunakan : seluruh bahagian tumbuhan termasuk akarnya dibersihkan dan dikeringkan. Untuk penyakit hepatitis (sakit kuning), 120-180g akar yang masih segar direbus bersama daging dan air(supnya) diminum selama 4-5 hari. Untuk perut kembung pula 60g batangnya yang masih segar direbus dan diminum airnya. Untuk penyakit lain rebus 15-50 gram pokoknya yang telah dikeringkan dan minum airnya. Pucuk dan akarnya yang direbus bersama daun inai, daun jambu batu dapat mengecutkan rahim.



WHi BiodeX perungkai masalah anda..



biodex my first choice
biodex kajang


saya berminat membeli BIODEX sekarang
READ THIS???
PROGRAM BIODEX KEHAMILAN

Herba yang terdapat dalam Program Kehamilan Biodex itu ialah manjakani, kacip fatimah, madu dan sebagainya serta digabungkan dengan bahan lain seperti klorofil, spirulina, bijirin, perubatan sinseh, ayurveda dan perubatan Islam. Formula tersebut dibuat dalam bentuk pemakanan dan minuman serta perlu diambil hari-hari.

Daripada respons yang diterima, ramai wanita yang berjaya hamil setelah mengambil produk rangkaian pemakanan Biodex. Ada yang telah 16 tahun mendirikan rumahtangga dan tidak memiliki anak kini sudah mempunyai cahaya mata sendiri. Malah lebih mengkagumkan kerana beberapa pengguna dikurniakan anak kembar. Selain itu rangkaian pemakanan Biodex sesuai untuk wanita yang menghadapi masalah fibroid, ketumbuhan, haid tidak menentu dan hormon tidak seimbang.

*Wanita yang hanya mempunyai sebelah ovari, tersumbat, sempit, telur tidak matang, terlalu kecil atau lemah serta sengugut boleh mengamalkan pengambilan Biodex.

* Begitu juga dengan remaja yang menghadapi masalah senggugut.

* Wanita yang berbadan gempal dan akan berkahwin elok mengambil Biodex.

* bagi tujuan pelangsingan, melancarkan perjalanan darah, menstabilkan hormon dan menguatkan rahim sebagai persediaan ke arah kehamilan.
mungkin sentiasa tertanya dihati..apakah benar BIOdex nie..nah usaha yang berterusan,berdoa dan tawakkal..lihatlah keberkesanannya dengan izin Allah yang Maha Esa doa mereka yang tidak putus telah ramai yang dimakbulkan.
saya berminat membeli BIODEX sekarang

TAHUKAH ANDA? Dalam kes kemandulan,kebanyakan tumpuan diberikan kepada pihak wanita, Punca kemandulan boleh dikesan dengan beberapa punca antaranya:

1) Kemandulan disebabkan penyakit dalam faraj

2) Penyakit dalam rahim

3) Penyakit dalam saluran tiub falopio dan kegagalan ovulasi (pengeluaran benih).

**Sedarkah anda?, anda juga mungkin berdepan dengan masalah ini?

**Berikhtiarlah dengan "PROGRAM KEHAMILAN BIODEX" semuanya mungkin akan tercapai dengan izin ALLAH...>>>>

**jangan mencagar usia dan keegoan anda kerna masa akan berlalu dan meninggalkan anda....>

Program Kehamilan Biodex (PKB) adalah formula ideal • menghadapi masalah kesuburan lelaki/wanita • menghadapi kesukaran untuk hamil • menghadapi masalah haid dan berat badan • menghadapi kelemahan rahim dan keguguran • menghadapi alahan semasa hamil • inginkan kulit bayi yang cerah, halus dan gebu • ingin memudahkan proses bersalin • ingin kembali langsing & bertenaga selepas bersalin





saya berminat membeli BIODEX sekarang

ADVERTISMENT





Iklan Percuma



>order-set-biodex-secara-sms-call-pos
>produk-biodex
>soalan kehamilan dan penggunaan Produk Biodex
>come visit us at Biodex kajang
>Testimoni pelanggan BIODEX kAJANG
>TESTIMONI VIDEO
>doa-mustajab doa-mendapatkan-zuriat
>kata-tuk-petua
>zikir-dan-doa
>Jobsmalaysia
>Csazone.blog
>Cuepacs.blog
>Staytuneonline.blog

saya berminat membeli BIODEX sekarang
AMARAN PEMBELIAN


Sila ambil Perhatian!! Pembelian Biodex (pkb) hendaklah daripada stokis/mobile Stokis yang dilantik sah oleh BIODEX HEADQUATERS khidmatrunding kajang PUAN SHARIFAH 0123953216 sharifah105@gmail.com

saya berminat membeli BIODEX sekarang