1. Ramai wanita tidak
menghasilkan susu yang mencukupi.
Tidak benar! Kebanyakan wanita menghasilkan lebih daripada susu yang mencukupi.
Malah, susu banyak adalah perkara biasa. Kebanyakan bayi yang naik berat badan
secara perlahan atau kehilangan berat badan, terjadi demikian bukan kerana ibu
tidak mempunyai susu yang cukup, tetapi kerana bayi tidak mendapat susu yang
ibu yang mencukupi. Sebab biasa bahawa bayi tidak mendapat susu yang mencukupi
adalah kerana dia kurang melekap (“poor latch on”) pada puting. Inilah sebabnya
mengapa ia begitu penting untuk ibu itu ditunjukkan, pada hari pertama,
bagaimana bayi patut dilekapkan dengan betul, oleh seseorang yang tahu apa yang
mereka lakukan.
2. Tidak ada susu (tidak cukup)
dalam tempoh tiga atau empat hari selepas bersalin. Tidak benar! Ia sering kelihatan seperti itu kerana bayi
tidak menghisap dengan betul dan oleh itu tidak mendapat susu yang disediakan.
Apabila tidak ada banyak susu (kebiasaannya dalam beberapa hari pertama di mana
ini adalah normal), bayi perlu melekap dengan baik untuk mendapatkan susu.
Ramai ibu pertama kali akan respon seperti berikut: “tetapi dia telah menghisap
selama 2 jam dan masih lapar apabila saya tanggalkan lekapannya”. Apabila tidak
dapat menghisap dengan baik, bayi tidak mendapat susu pertama ibu yang dikenali
sebagai kolostrum. Apabila susu ibu banyak, bayi yang lekapannya tidak betul
masih boleh mendapat banyak susu. Sungguhpun begitu, elok melatih bayi anda
melekap dengan betul dari awal lagi (tidak kira susu banyak atau sikit) kerana
ia dapat mengelakkan masalah lain (seperti puting merekah, susu merudum) di
kemudian hari.
3. Seorang bayi harus menyusu
selama (10, 15, 7.6) minit pada setiap sesi. Tidak
benar! Walau bagaimanapun, perbezaan perlu dibuat antara “berada di dada” dan
“menyusu”. Jika bayi betul-betul minum selama 15-20 minit di sebelah
payudara, dia mungkin tidak mahu menyusu di sebelah lagi. Jika dia minum hanya
seminit pada sebelah payudara, dan kemudian tertidur, serta melakukan perkara
yang sama di sebelah lagi, tiada jumlah masa yang akan mencukupi. Bayi akan
menyusu lebih baik dan lebih lama jika dia melekap dengan betul. Kejutkan bayi
anda secara lembut jika dia tertidur dia atas dada anda…mungkin gosokkan di
telapak kakinya atau mencuit di hujung telinganya.
4. Pam adalah cara yang baik
untuk mengetahui berapa banyak susu ibu itu ada. Tidak benar! Berapa banyak susu boleh dipam bergantung
kepada banyak faktor, termasuk tahap “stress” ibu. Bayi yang menyusu juga boleh
menghisap lebih banyak daripada ibunya dibandingkan susu yang diperah dengan
pam. Pam hanya memberitahu anda berapa kuantiti anda boleh pam.
5. Susu ibu tidak mengandungi cukup
zat besi, vitamin D, air dan sebagainya.
Tidak benar! Susu ibu mengandungi pelbagai zat dan kandungan air yang mencukupi
untuk memenuhi keperluan bayi sehingga ia berusia 6 bulan. Jadi, tidak perlu
tambah apa-apa lagi.
6. Jika
ibu mempunyai jangkitan atau mengambil ubat-ubatan, dia perlu berhenti menyusu.
Tidak benar! Ibu yang berterusan menyusukan bayinya sebenarnya akan melindungi
bayi itu. Semasa ibu demam (atau batuk, muntah-muntah, cirit-birit, ruam, dan
lain-lain) dia telah memberikan jangkitan kepada bayi, kerana dia telah
berjangkit selama beberapa hari sebelum dia juga tahu dia sakit. Perlindungan
terbaik untuk bayi daripada mendapat jangkitan adalah untuk ibu itu meneruskan
penyusuan. Jika bayi juga jatuh sakit, dia akan kurang sakit jika ibu terus
menyusukan bayi. Kemungkinan juga bayi yang memberi jangkitan kepada ibu,
tetapi bayi yang tidak menunjukkan tanda-tanda sakit kerana dia menyusu. Mengambil
ubat oleh si ibu juga tidak mendatangkan kemudharatan kepada bayi kerana
kuantiti ubat yang masuk ke dalam susu terlalu sedikit. Jadi tiada sebab untuk
menghentikan penyusuan.
7. Bayi yang menyusu perlu lain-lain
jenis susu selepas enam bulan. Tidak
benar! Susu ibu memberikan semua keperluan untuk bayi dan mungkin lebih
daripada susu lain. Bayi yang berusia lebih daripada enam bulan harus mula
dengan makanan pejal supaya mereka dapat belajar bagaimana untuk makan dan
supaya mereka mula mendapat satu lagi sumber besi, di mana pada usia 7-9 bulan,
tidak dibekalkan dalam kuantiti yang mencukupi daripada susu ibu semata-mata.
Oleh itu, susu lembu atau susu formula tidak perlu selagi bayi menyusu.
Kebanyakan bayi yang berusia lebih daripada enam bulan, yang tidak pernah minum
susu formula, tidak akan menerimanya kerana rasanya yang berlainan.
8. Seorang wanita yang hamil mesti
menghentikan penyusuan. Tidak
benar! Jika ibu dan kanak-kanak berkeinginan, penyusuan boleh diteruskan.
Sesetengah ibu terus menyusukan kanak-kanak yang lebih tua walaupun selepas
melahirkan bayi. Ramai wanita membuat keputusan untuk menghentikan penyusuan
apabila mereka menjadi hamil kerana puting mereka yang sakit, atau atas
sebab-sebab lain, tetapi tidak tergesa-gesa atau ada keperluan perubatan untuk
berbuat demikian. Malah, sering terdapat sebab yang baik untuk meneruskan
penyusuan. Bekalan susu mungkin akan berkurangan semasa mengandung, tetapi jika
bayi mengambil makanan lain, ini biasanya tidak menjadi masalah. Walau
bagaimanapun, sesetengah bayi akan berhenti menyusu jika bekalan susu adalah
rendah.
9. Bayi yang menyusu
badan bermungkinan “colic”. Tidak
benar! Bayi yang “colic” yang disusui dengan susu ibu sering naik berat badan
dengan cepat dan kadang-kadang menyusu kerap. Walau bagaimanapun, ramai yang
“colic” bukan kerana mereka makan dengan kerap, tetapi kerana mereka tidak
menghisap susu dengan sebaiknya dan sepatutnya. Biasanya, bayi hisap dengan
baik untuk beberapa minit pertama, kemudian tertidur. Apabila bayi diberikan
sebelah lagi, dia akan minum dengan baik tetapi juga untuk masa yang singkat
dan kemudian menggigit atau tidur. Akibatnya, perut bayi diisi dengan susu yang
rendah kandungan lemaknya dan dengan itu ia akan menyusu dengan kerap.
Pengambilan susu yang kebanyakan kandungan lemaknya adalah rendah juga boleh
menyebabkan gas, banyak menangis dan najis yang lebih berair. Ibu boleh
menggesa bayi menyusu lebih lama di sebelah yang pertama, dan dengan itu boleh
mendapatkan susu yang kandungan lemaknya lebih tinggi, dengan menekan payudara
apabila bayi menghisap.
Sebenarnya,banyak
lagi tanggapan salah yang boleh disenaraikan . Tetapi inilah yang paling kerap di
dengar. Moga dengan ini dapat meningkatkan lagi ilmu penyusuan untuk ibu-ibu
semua bagi menangkis tanggapan-tanggapan salah mengenai penyusuan bayi…demi
kebaikan bayi kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan