Lakukan pemeriksaan payudara anda
Barah amat ditakuti dan digeruni oleh wanita,.Untuk mengelakannya,langkah dan pemeriksaan awalan perlu dilakukan.
Beberapa panduan pemeriksaan sendiri payaudara:
>Tanggalkan pakaian hingga ke paras pinggang, berdiri hadapan cermin ,angkat kedua tangan dan lakukan pemeriksaan payudara dari semua sudut.
>berdiri tegak ,tangan disisi,pusing tangan kiri dan kanan mengesan jika ada sebarang perubahan pada payudara.
>tegangkan otot bahagian dada dengan bercekak pinggang dan menolak kebawah.
>mulakan payudara kanan
Baring kekiri dengan membengkok kedua-dua lutut anda.
>letakan bantal dibawah bahu sebelah kanan,letakan tangan kanan di bawah bantal.
>gunakan tangan kiri memeriksa payudara kanan,cara urutan menegak dan pusingan.
>untuk pemeriksaan lelehan di puting,gunakan kedua tangan,tekan payudara dan lihat sebarang lelehan diputing susu yang luar biasa.
>anda disarankan melakukan pemeriksaan setiap bulan,dan jika dalam didatangi haid lakukan pada hari ketujuh dan kesepuluh selepas haid.
>jika haid yang tidak teratur atau putus haid,pilih satu hari pada setiap bulan,sebaiknya hari pertama atau terakhir setiap bulan.
